Pages

Sunday, May 21, 2017

Program Pengumpulan Emas (GAP) Public Gold

Ramai yang sudah tahu akan kelebihan simpan emas dan bercadang untuk menyimpannya. Namun antara masalah yang dihadapi ialah takut nak simpan sendiri. Kalau nak buka Akaun Emas di bank, kebanyakannya tak patuh syariah, kecuali Kuwait Finance House (KFH) dan Al Rajhi sahaja. Kalau nak sewa safe deposit box pun susah juga di sesetengah tempat. Jadi masalah tempat simpan selalu jadi ‘penghalang’ untuk sesetengah orang mula menyimpan emas. Masalah kedua, nak beli emas tapi modal kecil. Bajet cuma sekitar RM170 – RM200 sahaja sebulan.

Alhamdulillah, selepas memerhati masalah ini, Public Gold melangkah setapak lagi dengan melancarkan produk dan kaedah pembelian terbaru yang dinamakan Gold Accumulation Program (GAP). 

Program Pengumpulan Emas (GAP) Public Gold

Akaun Emas Yang Disokong 100% Emas Fizikal

GAP adalah akaun emas tetapi disokong 100% emas fizikal. GAP telah dilancarkan pada tahun 2014 bertujuan untuk bantu lebih ramai orang memulakan simpanan emas dengan bajet yang kecil atau ada masalah takut untuk simpan sendiri emas. Melalui akaun GAP kita boleh beli dan simpan emas secara percuma tanpa had masa. Dan kalau nak simpan sendiri, kita boleh keluarkan emas fizikal tu bila-bila masa di mana-mana cawangan Public Gold seluruh Malaysia.
Kelebihan GAP Public Gold
Secara ringkasnya, ini kemudahan GAP Public Gold untuk penyimpan emas:
  • Boleh beli emas ketulenan 999.9 dengan bajet minimum 1 gram.
  • Boleh simpan emas dengan Public Gold secara percuma! Tanpa had masa, tanpa had jumlah emas yang dibeli. Tiada yuran simpanan dikenakan.
  • Boleh tambah simpanan emas dengan gandaan 1 gram pada bila-bila masa. Tiada sebarang syarat wajib beli dalam jumlah tertentu setiap bulan.
  • Boleh keluarkan emas fizikal (gold bar atau dinar 999.9) serendah 1 gram di mana-mana 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia tanpa had.
  • Boleh keluarkan semua emas yang kita simpan tu pada bila-bila masa. Cuma kalau tak tinggalkan baki 1 gram, akaun GAP kita dianggap tak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50.
  • Urusniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online, dan jual pun secara online.
  • Setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan caj “gold premium” sebagaimana beli emas fizikal Public Gold yang lain. Kalau tak keluarkan emas tu secara fizikal, gold premium tak dikenakan.
  • Pegangan minimum dalam akaun serendah 1 gram untuk pastikan akaun kekal aktif.
  • Akaun bersama dengan ibu bapa(joint account) untuk anak berumur bawah 18 tahun juga boleh dibuka.
  • Tiada komitmen bulanan!

Siapa Yang Bermanfaat Dengan GAP?
GAP Public Gold ni saya lihat sangat bermanfaat bagi siapa yang:
  1. Nak mulakan simpanan emas, tapi bajet kecil.
  2. Nak simpan emas, tapi risau nak simpan sendiri.
  3. Nak beli emas Public Gold, tapi menetap di overseas atau tinggal di tempat yang jauh dari pejabat Public Gold.
  4. Nak beli emas secara konsisten dengan bajet sekitar RM200 sebulan. 
  5. Boleh jadi alternatif simpanan untuk kegunaan masa depan buat anak-anak atau diri sendiri sebagai Tabung Pendidikan, Persaraan, Menunaikan Haji & Umrah dan sebagainya.


Cara Pembelian Pertama GAP Public Gold

Bagi memulakan belian pertama GAP, ikuti langkah-langkah ini:

Langkah 1: Masukkan Duit Ke Akaun Public Gold

Masukkan/transfer duit ke akaun PG mengikut harga per gram di www.publicgold.com.my Kalau harga 1 gram hari ini RM 182, maka masukkan duit genap-genap RM182. Jangan lebih dan jangan kurang supaya pembelian itu patuh syariah. Kalau nak beli 2 gram, masukkan terus RM364 (RM182 x 2 gram).
Harga GAP disemak sekali sehari setiap jam 12.00 malam.

Masukkan / transfer duit ke akaun Public Gold seperti di bawah:

Maybank: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD
No Akaun: 5571- 3923 - 8048
ATAU
Public Bank: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD
No Akaun 3167- 52 - 0833

p/s: Anda boleh menggunakan maybank2u atau Public Bank Internet banking. Jika anda menggunakan internet banking bank lain, anda boleh menggunakan perkhidmatan Interbank Giro (IBG) ataupun Instant Transfer.

Anda juga boleh menggunakan Cash Deposit Machine atau bank in di kaunter bank. Pastikan anda menyimpan slip bukti bayaran tersebut.

Langkah 2: Whatsapp Maklumat Pembelian

Selepas Bank-in, Whatsapp resit/slip bayaran ke 017- 4866 916 (no h/phone PG bahagian GAP)  bersama-sama 7 maklumat berikut;

1. Nama penuh anda
2. Nombor kad pengenalan
3. Email anda
4. Nombor telefon anda
5. Nombor customer Public Gold (jika ada), jika tiada, tuliskan ‘PG NEW’
6. Letakkan introducer GAP anda: Nik Nur Alif Faisal PG00069458
7. Nyatakan nama bank, tarikh dan masa transfer dan jumlah RM yang dimasukkan


Contoh format belian pertama GAP. Hantarkan sekali gambar resit bayaran.

Kalau tak guna WHATSAPP,  emailkan slip bayaran ke gap@publicgold.com.my bersama dengan 7 maklumat pembelian dan cc kan email tu kepada siti.hajar@publicgold.com.my dan niknuraliffaisal@gmail.com  supaya senang saya bantu kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold nanti.

Untuk belian pertama emas Public Gold, anda boleh letak nama saya Nik Nur Alif Faisal Bin Azhari, kod saya PG00069458 sebagai introducer. Penting letak introducer supaya dealer boleh bantu permudahkan urusan (secara percuma) kalau-kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold.

Langkah 3: Proses Pendaftaran Akaun GAP Anda Akan Dibuat

Setelah maklumat pembayaran anda diterima, akaun GAP anda akan diproses dalam masa 48 jam waktu bekerja. Kemudian anda akan menerima email daripada Public Gold. Kalau tak terima juga email tu lepas semak dalam SPAMBOX, bagi tahu saya untuk saya follow up dengan PG.

Setelah mendapat email, proses pendaftaran akaun GAP anda telah pun selesai. Pada tahap ini anda sudah mempunyai PG Code (Customer Account Code).

Langkah 4 : Menyemak Akaun GAP Secara Online

Public Gold menyediakan kemudahan online bagi menambah, melihat baki gram emas dan menjual balik emas di dalam akaun GAP anda .

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1.  Anda pergi ke laman web www.publicgold.com.my.
  2. Klik menu Login. Masukkan PG code anda di ruangan username (Contohnya:PG000XXXXX), password (nombor ic anda tanpa sempang), kemudian klik butang “I am human” (wajib klik) dan akhir sekali, tekan butang Login.
  3. Selepas login berjaya, menu My GAP akan muncul. Klik menu My GAP -> Statement
  4. Klik butang Statement. Anda boleh melihat semua transaksi akaun GAP dengan lengkap (belian GAP = In , Pengeluaran emas fizikal = Out , baki emas di dalam akaun GAP anda = Balance).



Langkah 4:Klik Butang Statement 

Setelah anda klik butang Statement maka anda boleh melihat semua transaksi akaun GAP dengan lengkap (belian GAP = In , Pengeluaran emas fizikal = Out , Balance = baki emas di dalam akaun GAP anda).

Langkah 5 : Pengeluaran Emas Fizikal

Emas tu boleh disimpan dengan Public Gold sampai bila-bila masa tanpa sebarang caj (ianya percuma). Tapi boleh juga keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri.

Untuk keluarkan emas fizikal, datang sahaja ke mana-mana cawangan Public Gold, tunjuk I/C, dan bayar caj premium atas setiap keping emas tu. Boleh pilih sebarang item emas LBMA samada dalam bentuk GOLD BAR atau DINAR, asalkan cukup baki gram yang ada dalam akaun GAP tu (tinggalkan minimum 1 gram untuk pastikan akaun kekal aktif ). Tapi sebelum datang, pastikan call dulu office Public Gold untuk mereka simpankan stok / item yang kita nak tu.

Item gold bar yang boleh dikeluarkan adalah dalam bentuk gold bar 1gram (pelbagai design), 5g, 10g, 20g, 50g, 100g, 250g dan 1kg  


Boleh keluarkan juga dalam bentuk dinar; 1/2 dinar, 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar


Pelbagai design menarik gold bar 1 gram

Kos Premium Pengeluaran Emas Fizikal

Public Gold mengenakan kos premium untuk pengeluaran emas fizikal.

Ini adalah jadual kos premium atas setiap keping emas fizikal yang dikeluarkan. Cajnya mengikut item yang dikeluarkan, bukan mengikut gram.


Senarai caj premium atas setiap keping emas fizikal yang dikeluarkan

Sebagai contoh, jika akaun GAP anda mempunyai baki 11 gram, anda boleh mengeluarkan emas fizikal sebanyak 10 gram.
Berapa kos gold premium yang perlu anda bayar? Mari lihat pengiraannya.
v  Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 1 gram x 10 keping, maka premium yang perlu anda bayar adalah RM5 x 10 = RM50
v  Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 5 gram x 2 keping, maka premium yang perlu anda bayar adalah RM5 x 2 = RM10
v  Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 10 gram x 1 keping, maka premium yang perlu anda bayar adalah RM10 x 1 = RM10
*p/s: Contoh pengiraan premium jika pengeluaran dibuat di Semenanjung Malaysia.

Dengan GAP, sedikit-sedikit lama-lama menjadi banyak.

Jika anda menyimpan emas sedikit-sedikit, percayalah, lama-lama ia akan menjadi banyak. Contohnya, jika sebulan anda simpan 1 gram emas, setahun dah ada 12 gram. Kalau anda menyimpan secara berterusan setiap bulan , untuk ada sekilo emas bukanlah sesuatu yang mustahil untuk anda.

Tips penting melabur emas.

Mengikut apa yang diajar oleh guru-guru saya, antara resepi untuk dapat emas dalam kuantiti yang banyak ialah anda mesti mempunyai disiplin dan tabiat menyimpan secara konsisten  serta fikir untuk jangka masa panjang.

Dengan adanya kemudahan GAP, impian anda untuk memiliki banyak emas dan kaya berjaya insyaAllah dapat direalisasikan.  

Jom, mulakan simpan emas sekarang!

Sunday, May 14, 2017

5 TIPS SIMPAN EMAS 1 GRAM 1 BULAN

Bagi sesiapa yang nak memulakan tabiat simpan emas satu gram satu bulan, ada beberapa strategi yang berkesan untuk diamalkan, iaitu;

#Tip 1

Letak matlamat simpan emas 1 gram 1 bulan sebagai "forgotten saving"(simpanan untuk dilupakan). Simpan dan lupakan. Duit simpanan lain boleh lah disimpan di tempat lain seperti Tabung Haji dan sebagainya.

#Tip 2

Setiap kali dapat gaji, beli terus 1 gram emas. Jangan tunggu duit lebih baru nak menyimpan. Sampai bila-bila pun memang tidak akan ada duit lebih. Disiplin menyimpan yang betul ialah "simpan dulu belanja selebihnya". Bukan “belanja dulu simpan selebihnya”.

#Tip 3

Jangan tunggu harga terbaik. Kalau tunggu pun biasanya tidak berbaloi dengan risiko duit tu bocor lebih tinggi. Takut-takut nanti, bila harga sudah rendah, duit pula yang habis.

#Tip 4

Beli emas melalui kaedah Akaun Emas GAP ( Gold Accumulation Program) yang ditawarkan oleh syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia buat masa ini iaitu Public Gold. Itu adalah kaedah termurah dan termudah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa yang mahu simpan emas 1 gram 1 bulan.

Gold Accumulation Program Public Gold


#Tip 5

Setelah cukup 6 gram, keluarkan gold bar 5 gram sekeping dan simpan dalam dompet sebagaimana yang disarankan guru emas, Encik Syukor Hashim. Tujuannya adalah untuk dapat aura dan keseronokan simpan emas. Memang “feel” akan berbeza. Tak akan sama “feel” yang akan kita dapat bila emas ada di tangan berbanding hanya melihat nombor dalam akaun. Emas itu mempengaruhi minda separa sedar dan memotivasikan diri supaya kumpul lebih banyak lagi kepingan emas.

Itulah 5 strategi mudah yang boleh kita amalkan untuk simpan emas 1 gram 1 bulan. Walaupun nampak kecil, namun saya percaya ia akan memberikan impak yang besar terhadap kewangan sesiapa yang mempraktikkannya. Insya Allah.

(Kredit: Buku Wang Emas-Mohd Zulkifli Shafie)

Tuesday, December 13, 2016

FUNGSI EMAS KEPADA MANUSIA

Sesetengah orang mungkin cuma melihat emas hanya sebagai alat pelaburan untuk mendapatkan keuntungan dengan cara "buy low, sell high". Namun sebenarnya terdapat banyak lagi fungsi emas yang lain kepada manusia. Maka di bawah ini saya senaraikan 11 fungsi emas yang sangat berguna kepada kita sebagai manusia.

#1 EMAS SEBAGAI SIMPANAN

Emas adalah simpanan dan tabungan yang baik dari sudut ketahanannya. Jika menyimpan dalam bentuk wang tunai, kemungkinan besar untuk simpanan itu bocor adalah sangat tinggi. Antara cara bagaimana ia bocor adalah melalui nilainya yang semakin merosot, naluri kita yang kuat untuk berbelanja dan kemungkinan besar dipinjam saudara dan kenalan tetapi tidak dibayar balik. Jadi, menyimpan dalam bentuk emas fizikal adalah cara yang boleh menyelamatkan simpanan kita daripada bocor.

#2 EMAS SEBAGAI ASET

Emas adalah aset yang paling mudah dibeli, dijaga dan dicairkan lagi-lagi kalau emas itu adalah keluaran syarikat bereputasi tinggi seperti Public Gold. Ia boleh dibeli sedikit demi sedikit, boleh dijual mahupun digadai untuk mendapatkan tunai segera. Ke mana saja kita pergi, hatta ke seluruh dunia sekalipun, ia boleh dibawa bersama kita dengan senang sekali. Emas adalah aset yang sentiasa bernilai tinggi di semua tempat seluruh dunia. 

#3 EMAS SEBAGAI HARTA

Emas adalah sebahagian daripada harta yang boleh meningkat nilainya walaupun dengan gram yang sama. Bila harga emas meningkat, nilai kekayaan kita akan turut meningkat sama. Bila harga emas turun pula, kita boleh menambah harta kita dengan harga yang lebih murah. Teknik pemurataan kos juga boleh diaplikasikan dan hasilnya, kita dapat menurunkan kos pembelian yang lebih tinggi sebelum itu. Maka, dengan terus membeli emas secara konsisten, harta kita akan jadi makin lama makin banyak.

#4 EMAS SEBAGAI INSURANS

Emas adalah senjata di kala waktu kesusahan. Sebab itu emas boleh menjadi apa saja bentuk insuran di waktu kecemasan yang tidak diduga. Sebagai contoh ia boleh menjadi biaya pendidikan untuk anak-anak, persaraan, alat untuk membina rumah secara tunai dan sebagainya. Sekiranya dalam waktu negara ditimpa bencana alam, duit memang sudah tidak bernilai, terutamanya apabila kita terpaksa membeli sesuatu dari negara jiran. Maka, pada waktu itu emaslah yang boleh menjadi duit dan mengganti fungsi duit tunai kerana emas adalah wang sebenar dan ia laku di seluruh dunia.

#5 EMAS SEBAGAI ALAT PELABURAN

Emas boleh jadi alat pelaburan yang sangat baik dan menguntungkan. Sejarah membuktikan, sebagai contoh - dari tahun 2000 sehingga ke tahun 2016, harga emas mengalami kenaikan sebanyak 400%. Ia juga adalah kenaikan yang berlaku secara berulang-ulang. Situasi sebegini sememangnya amat disukai oleh para pelabur yang menjadikan emas sebagai alat untuk mendapatkan keuntungan.

#6 EMAS SEBAGAI PENGIKAT NILAI

Emas boleh dijadikan sebagai alat pengikat nilai. Di waktu kejatuhan nilai RM berbanding USD, sepertimana yang sedang berlaku sekarang, peranan emas sangat penting untuk dijadikan sebagai mekanisma pengikat nilai (hedging mechanism). Sebelum nilainya turun dengan lebih teruk, ikat nilai wang itu dengan menukarkannya menjadi emas. Jadi apabila sudah ditukar kepada emas, NILAI wang tersebut akan KEKAL dalam bentuk gram!

#7 EMAS SEBAGAI PENGEKAL KUASA BELI

Kuasa beli emas adalah sangat besar. Wang yang sama tidak mampu membeli barang yang sama pada waktu yang berlainan. Tetapi gram emas yang sama, boleh membeli barang yang sama, bahkan lebih lagi pada waktu yang berlainan. Tak percaya? Baik, saya bagi satu bukti! 1400 tahun dahulu iaitu sewaktu zaman Rasulullah s.a.w., seekor kambing boleh dibeli dengan harga 1 dinar. Dan zaman sekarang pun dengan harga 1 dinar masih mampu beli 1 ekor kambing. Anda juga boleh cuba buat kira-kira sedikit dengan menggunakan apa saja barang atau makanan. Nanti anda akan tahu kebenarannya.

#8 EMAS SEBAGAI MODAL PUSINGAN

Bagi peniaga, emas boleh dipajak untuk mendapat modal untuk aktiviti perniagaan. Dengan tunai yang dipinjam bercagarkan emas dan upah simpan yang rendah, ia masih boleh menjana pendapatan dan keuntungan perniagaan yang besar. Dengan syarat, wang untung diguna terlebih dahulu untuk menebus gadaian. Untung bersih pula sebahagiannya ditukar menjadi emas. Hasilnya, emas sedia ada tidak hilang, emas baru bertambah dan duit juga sentiasa ada untuk kelangsungan perniagaan.

#9 EMAS SEBAGAI PENGUBAH TABIAT BURUK

Menyimpan sebahagian pendapatan sebenarnya adalah suatu benda yang sangat penting bila berkaitan dengan soal pengurusan kewangan dengan betul. Namun, ramai orang gagal dan sentiasa tidak mampu untuk mengasingkan sebahagian duit pendapatan sebagai simpanan. Mesti tidak cukup. Jadi bagi mengatasi masalah ini, apa kata ubah tabiat menyimpan itu kepada membeli emas, walaupun hanya dengan #1gram1bulan. Ramai orang yang tanpa sedar, mula mengumpul emas sedikit demi sedikit. Lalu tabiat menyimpan kini mula menggantikan tabiat boros. Simpanan dalam emas juga kini KEKAL NILAINYA sebab EMAS KALIS INFLASI!

#10 EMAS SEBAGAI SUMBER ZAKAT

Orang yang mengumpul dan menyimpan diam emas lebih 85 gram dalam masa setahun, diwajibkan membayar zakat emas sebanyak 2.5%. Hebat bukan? Orang yang mengeluarkan zakat adalah mukmin yang berjaya dunia dan akhirat kata Al-Quran, Surah Al-Mukminun. Keberkatan hidup dan harta akan melimpah ruah, asbab zakat. Jadi targetlah simpan emas sehingga kita diwajibkan untuk berzakat!

#11 EMAS SEBAGAI SUMBER PELBAGAI KEBAIKAN

Apabila emas bertambah, harta akan bertambah. Maka lebih banyak pintu kebaikan boleh diterokai. Selain zakat, sedekah juga boleh dilipatkaligandakan. Pelbagai jariah juga boleh diterokai dengan lebih aktif.

Jadi macam mana, bagus tak simpan emas?

Memang bagus. Jadi mulalah menyimpan emas mulai dari sekarang!

"SEGRAM-SEGRAM LAMA-LAMA JADI SEKILOGRAM!!".




Antara koleksi gold bar 1 gram keluaran Public Gold

Saturday, December 03, 2016

APA TUJUAN SAYA SIMPAN EMAS?

Ramai orang yang sudah sedar simpanan emas memang ada banyak kelebihannya. Saya pasti setiap orang yang simpan emas pasti ada matlamat dan tujuan tertentu yang ingin mereka capai dengan simpanan emas tersebut. Begitu juga dengan saya.

Secara mudahnya ada 3 sebab utama tujuan saya menyimpan emas iaitu:

1- FORGOTTEN SAVING

Tujuan utama saya simpan emas adalah sebagai simpanan untuk dilupakan(forgotten saving) Bagi saya simpan emas adalah cara yang sangat berkesan untuk elak masalah simpanan bocor akibat terbelanja pada perkara yang tidak perlu. Dan ianya memang terbukti berhasil.

2- JAMINAN NILAI JANGKA PANJANG

Simpan dalam bentuk emas membuatkan saya tak perlu risau lagi simpanan saya terjejas akibat inflasi, kejatuhan ringgit atau apa sahaja bencana ekonomi dan politik. Saya yakin emas nilai jangka panjangnya lebih terjamin berbanding simpan di bank. Kuasa beli dengan emas juga adalah KEKAL SELAMA-LAMANYA. Buktinya dengan harga 1 dinar sejak 1400 tahun dulu iaitu pada zaman Rasulullah s.a.w. hingga sekarang masih lagi mampu untuk beli 1 ekor kambing.

3- KAWALAN KEKAYAAN DALAM TANGAN SENDIRI

Emas adalah satu-satunya aset yang TIADA DALAM SISTEM KEWANGAN. Jadi dengan memiliki emas, kekayaan itu berada dalam kawalan saya sendiri 100%. Emas tidak perlu akan jaminan daripada sesiapa atau apa-apa pun kerana nilai yang ada pada emas berdiri dengan sendirinya. Nilainya hanya ditentukan oleh berat dan ketulenannya. 
Berbeza dengan duit kertas yang kita tahu ianya boleh dicetak tanpa had. Nilai yang ada pada duit kertas sebenarnya hanyalah nilai yang 'dipaksa' dan terletak pada jaminan dan kekukuhan sesebuah kerajaan. Sekiranya berlaku ketidakstabilan terhadap politik atau ekonomi sesebuah negara, nilainya sangat berisiko tinggi untuk hilang begitu sahaja dan jadi tidak laku.


Walaupun memang kita tidak dapat nafikan bahawa simpan emas memang bagus, tetapi Emas juga sebenarnya hanyalah salah satu daripada alat kewangan. Emas bukanlah EVERYTHING, tetapi ia adalah SOMETHING yang penting dan perlu pertimbangkan untuk dimasukkan dalam portfolio kewangan kita.
Kalau mengikut pesan salah seorang pakar kewangan yang terkenal di negara iaitu Tuan Azizi Ali, beliau mencadangkan agar sekurang-kurangnya 10% daripada kekayaan kita haruslah disimpan dalam bentuk emas.

Buku Tulisan Azizi Ali -Masa Untuk Emas-



Tuesday, November 29, 2016

EMAS KALIS INFLASI

Sejarah telah membuktikan emas sememangnya telah digunakan sebagai wang sejak ribuan tahun dahulu lagi. Dan sewaktu emas digunakan sebagai wang, masalah inflasi tidak pernah terjadi sama sekali.
Namun pada zaman sekarang inflasi adalah suatu benda yang tidak dapat dielakkan daripada terjadi sejmenjak semua matawang kertas telah menjadi wang fiat selepas tahun 1971. Wang fiat adalah merujuk kepada duit kertas yang nilainya kini tidak lagi disandarkan kepada sesuatu yang berharga seperti emas atau perak.
Terputusnya nilai sandaran dengan emas bermakna matawang kertas kini boleh dicetak tanpa had oleh sesebuah kerajaan. Apa yang diperlukan hanyalah mesin cetak, kertas dan dakwat. Itu sahaja!
Namun berita buruknya ialah semakin banyak matawang kertas yang dicetak sebenarnya akan mengakibatkan nilainya makin berkurang. Nilai duit kertas yang berkurangan inilah sebenarnya yang menyebabkan berlakunya apa yang diistilahkan sebagai inflasi.
Inflasi inilah punca yang menyebabkan harga barang-barang makin lama menjadi makin mahal. Sebenarnya bukan barang yang makin mahal, tapi nilai duit kertas lah yang makin berkurang , menyebabkan kita memerlukan jumlah duit kertas yang lebih banyak untuk mendapatkan jumlah barangan yang sama.
Perkara ini tidak akan terjadi sekiranya kita menggunakan EMAS kerana emas adalah DUIT SEBENAR. Buktinya adalah pada zaman Nabi Muhammad s.aw 1400 tahun dahulu, harga seekor kambing adalah bersamaan dengan 1 dinar emas(4.25g). Ajaibnya, pada zaman sekarang pun selepas 1400 tahun dengan harga 1 dinar masih lagi mampu untuk beli seekor kambing.
Jadi kalau ikutkan teori ini, saya yakin sampai bila-bila pun dengan harga 1 dinar akan mampu untuk beli seekor kambing. Inilah kuasa yang ada pada wang sebenar iaitu emas. Perbezaan terbesar antara wang dengan matawang adalah wang mesti mempunyai sifat menyimpan nilai untuk satu tempoh waktu yang sangat lama. Dan EMAS telah pun terbukti merupakan PENYIMPAN NILAI yang PALING AMPUH dalam sejarah dunia.

Tuesday, November 08, 2016

PELABURAN EMAS

Pengenalan Pelaburan Emas

Ramai orang hari ini yang mula tertarik ingin terlibat dengan pelaburan emas. Namun apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan pelaburan emas? Maka, mari kita lihat apa definisi sebenar pelaburan emas.

Pelaburan emas bermaksud anda membeli emas fizikal atau produk-produk kewangan berasaskan emas bagi tujuan memenuhi objektif pelaburan anda. Bagi menjadikannya lebih mudah, kita boleh pecahkan definisi pelaburan emas kepada 3 bahagian iaitu:
  • Melabur emas secara fizikal
  • Melabur emas melalui produk-produk kewangan berasaskan emas
  • Bertujuan untuk memenuhi objektif pelaburan
Pelaburan emas bukan hanya melibatkan emas fizikal sahaja. Ada banyak lagi produk-produk kewangan yang bersandarkan emas yang direka untuk memenuhi keperluan pelabur. Contohnya ialah seperti Akaun Pelaburan Emas (Gold Investment Account) yang ditawarkan oleh sesetengah bank dan juga syarikat swasta. Akaun Pelaburan Emas ini pula ada yang disandarkan kepada emas fizikal dan ada yang tidak.

Walaubagaimanapun, pelaburan emas melalui Akaun Pelaburan Emas yang paling selamat, mudah dan PATUH SYARIAH hanyalah Akaun Pelaburan Emas yang disandarkan kepada emas fizikal. Maksudnya bila anda mahu, anda boleh mengeluarkan emas fizikal daripada akaun tersebut.

Yang paling penting, pelaburan emas yang sebenar tidak menjamin sebarang pulangan sama ada harian, mingguan, bulanan ataupun tahunan. Keuntungan dalam pelaburan emas hanya boleh diperoleh melalui prestasi kenaikan harga emas. 

Sekiranya ada yang menjanjikan sebarang dividen atau pulangan dalam pelaburan emas, maka untuk pengetahuan semua itu bukanlah pelaburan emas yang sebenar. Tetapi sebenarnya ia adalah skim pelaburan emas ataupun skim cepat kaya(baca skim cepat lingkup). Semua skim ini haruslah dijauhi sama sekali kerana ia sememangnya tidak boleh dipercayai. Jika tidak, harga yang perlu anda bayar adalah tinggi akibat kerugian apabila wang yang kononnya dilaburkan dalam skim-skim ini akhirnya lebur.