Ramai orang yang sudah sedar simpanan emas memang ada banyak kelebihannya. Saya pasti setiap orang yang simpan emas pasti ada matlamat dan tujuan tertentu yang ingin mereka capai dengan simpanan emas tersebut. Begitu juga dengan saya.
Secara mudahnya ada 3 sebab utama tujuan saya menyimpan emas iaitu:
1- FORGOTTEN SAVING
Tujuan utama saya simpan emas adalah sebagai simpanan untuk dilupakan(forgotten saving) Bagi saya simpan emas adalah cara yang sangat berkesan untuk elak masalah simpanan bocor akibat terbelanja pada perkara yang tidak perlu. Dan ianya memang terbukti berhasil.
2- JAMINAN NILAI JANGKA PANJANG
Simpan dalam bentuk emas membuatkan saya tak perlu risau lagi simpanan saya terjejas akibat inflasi, kejatuhan ringgit atau apa sahaja bencana ekonomi dan politik. Saya yakin emas nilai jangka panjangnya lebih terjamin berbanding simpan di bank. Kuasa beli dengan emas juga adalah KEKAL SELAMA-LAMANYA. Buktinya dengan harga 1 dinar sejak 1400 tahun dulu iaitu pada zaman Rasulullah s.a.w. hingga sekarang masih lagi mampu untuk beli 1 ekor kambing.
3- KAWALAN KEKAYAAN DALAM TANGAN SENDIRI
Emas adalah satu-satunya aset yang TIADA DALAM SISTEM KEWANGAN. Jadi dengan memiliki emas, kekayaan itu berada dalam kawalan saya sendiri 100%. Emas tidak perlu akan jaminan daripada sesiapa atau apa-apa pun kerana nilai yang ada pada emas berdiri dengan sendirinya. Nilainya hanya ditentukan oleh berat dan ketulenannya.
Berbeza dengan duit kertas yang kita tahu ianya boleh dicetak tanpa had. Nilai yang ada pada duit kertas sebenarnya hanyalah nilai yang 'dipaksa' dan terletak pada jaminan dan kekukuhan sesebuah kerajaan. Sekiranya berlaku ketidakstabilan terhadap politik atau ekonomi sesebuah negara, nilainya sangat berisiko tinggi untuk hilang begitu sahaja dan jadi tidak laku.
Walaupun memang kita tidak dapat nafikan bahawa simpan emas memang bagus, tetapi Emas juga sebenarnya hanyalah salah satu daripada alat kewangan. Emas bukanlah EVERYTHING, tetapi ia adalah SOMETHING yang penting dan perlu pertimbangkan untuk dimasukkan dalam portfolio kewangan kita.
Kalau mengikut pesan salah seorang pakar kewangan yang terkenal di negara iaitu Tuan Azizi Ali, beliau mencadangkan agar sekurang-kurangnya 10% daripada kekayaan kita haruslah disimpan dalam bentuk emas.
Buku Tulisan Azizi Ali -Masa Untuk Emas-
No comments:
Post a Comment