Bagi sesiapa yang nak
memulakan tabiat simpan emas satu gram satu bulan, ada beberapa strategi yang
berkesan untuk diamalkan, iaitu;
#Tip 1
Letak matlamat simpan
emas 1 gram 1 bulan sebagai
"forgotten saving"(simpanan untuk dilupakan). Simpan dan lupakan.
Duit simpanan lain boleh lah disimpan di tempat lain seperti Tabung Haji dan
sebagainya.
#Tip 2
Setiap kali dapat gaji,
beli terus 1 gram emas.
Jangan tunggu duit lebih baru nak menyimpan. Sampai bila-bila pun memang tidak
akan ada duit lebih. Disiplin menyimpan yang betul ialah "simpan dulu
belanja selebihnya". Bukan “belanja dulu simpan selebihnya”.
#Tip 3
Jangan tunggu harga
terbaik. Kalau tunggu pun
biasanya tidak berbaloi dengan risiko duit tu bocor lebih tinggi. Takut-takut
nanti, bila harga sudah rendah, duit pula yang habis.
#Tip 4
Beli emas melalui kaedah
Akaun Emas GAP ( Gold
Accumulation Program) yang ditawarkan oleh syarikat pengeluar emas terbesar di
Malaysia buat masa ini iaitu Public Gold. Itu adalah kaedah termurah dan
termudah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa yang mahu simpan emas 1 gram 1
bulan.
Gold Accumulation Program Public Gold
#Tip 5
Setelah cukup 6 gram,
keluarkan gold bar 5 gram sekeping dan simpan dalam dompet sebagaimana
yang disarankan guru emas, Encik Syukor Hashim. Tujuannya adalah untuk dapat
aura dan keseronokan simpan emas. Memang “feel” akan berbeza. Tak akan sama
“feel” yang akan kita dapat bila emas ada di tangan berbanding hanya melihat
nombor dalam akaun. Emas itu mempengaruhi minda separa sedar dan memotivasikan
diri supaya kumpul lebih banyak lagi kepingan emas.
Itulah 5 strategi mudah
yang boleh kita amalkan untuk simpan emas 1 gram 1 bulan. Walaupun nampak
kecil, namun saya percaya ia akan memberikan impak yang besar terhadap kewangan
sesiapa yang mempraktikkannya. Insya Allah.
(Kredit: Buku Wang
Emas-Mohd Zulkifli Shafie)
No comments:
Post a Comment