Pages

Tuesday, November 08, 2016

PELABURAN EMAS

Pengenalan Pelaburan Emas

Ramai orang hari ini yang mula tertarik ingin terlibat dengan pelaburan emas. Namun apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan pelaburan emas? Maka, mari kita lihat apa definisi sebenar pelaburan emas.

Pelaburan emas bermaksud anda membeli emas fizikal atau produk-produk kewangan berasaskan emas bagi tujuan memenuhi objektif pelaburan anda. Bagi menjadikannya lebih mudah, kita boleh pecahkan definisi pelaburan emas kepada 3 bahagian iaitu:
  • Melabur emas secara fizikal
  • Melabur emas melalui produk-produk kewangan berasaskan emas
  • Bertujuan untuk memenuhi objektif pelaburan
Pelaburan emas bukan hanya melibatkan emas fizikal sahaja. Ada banyak lagi produk-produk kewangan yang bersandarkan emas yang direka untuk memenuhi keperluan pelabur. Contohnya ialah seperti Akaun Pelaburan Emas (Gold Investment Account) yang ditawarkan oleh sesetengah bank dan juga syarikat swasta. Akaun Pelaburan Emas ini pula ada yang disandarkan kepada emas fizikal dan ada yang tidak.

Walaubagaimanapun, pelaburan emas melalui Akaun Pelaburan Emas yang paling selamat, mudah dan PATUH SYARIAH hanyalah Akaun Pelaburan Emas yang disandarkan kepada emas fizikal. Maksudnya bila anda mahu, anda boleh mengeluarkan emas fizikal daripada akaun tersebut.

Yang paling penting, pelaburan emas yang sebenar tidak menjamin sebarang pulangan sama ada harian, mingguan, bulanan ataupun tahunan. Keuntungan dalam pelaburan emas hanya boleh diperoleh melalui prestasi kenaikan harga emas. 

Sekiranya ada yang menjanjikan sebarang dividen atau pulangan dalam pelaburan emas, maka untuk pengetahuan semua itu bukanlah pelaburan emas yang sebenar. Tetapi sebenarnya ia adalah skim pelaburan emas ataupun skim cepat kaya(baca skim cepat lingkup). Semua skim ini haruslah dijauhi sama sekali kerana ia sememangnya tidak boleh dipercayai. Jika tidak, harga yang perlu anda bayar adalah tinggi akibat kerugian apabila wang yang kononnya dilaburkan dalam skim-skim ini akhirnya lebur.

No comments:

Post a Comment