Pages

Tuesday, December 13, 2016

FUNGSI EMAS KEPADA MANUSIA

Sesetengah orang mungkin cuma melihat emas hanya sebagai alat pelaburan untuk mendapatkan keuntungan dengan cara "buy low, sell high". Namun sebenarnya terdapat banyak lagi fungsi emas yang lain kepada manusia. Maka di bawah ini saya senaraikan 11 fungsi emas yang sangat berguna kepada kita sebagai manusia.

#1 EMAS SEBAGAI SIMPANAN

Emas adalah simpanan dan tabungan yang baik dari sudut ketahanannya. Jika menyimpan dalam bentuk wang tunai, kemungkinan besar untuk simpanan itu bocor adalah sangat tinggi. Antara cara bagaimana ia bocor adalah melalui nilainya yang semakin merosot, naluri kita yang kuat untuk berbelanja dan kemungkinan besar dipinjam saudara dan kenalan tetapi tidak dibayar balik. Jadi, menyimpan dalam bentuk emas fizikal adalah cara yang boleh menyelamatkan simpanan kita daripada bocor.

#2 EMAS SEBAGAI ASET

Emas adalah aset yang paling mudah dibeli, dijaga dan dicairkan lagi-lagi kalau emas itu adalah keluaran syarikat bereputasi tinggi seperti Public Gold. Ia boleh dibeli sedikit demi sedikit, boleh dijual mahupun digadai untuk mendapatkan tunai segera. Ke mana saja kita pergi, hatta ke seluruh dunia sekalipun, ia boleh dibawa bersama kita dengan senang sekali. Emas adalah aset yang sentiasa bernilai tinggi di semua tempat seluruh dunia. 

#3 EMAS SEBAGAI HARTA

Emas adalah sebahagian daripada harta yang boleh meningkat nilainya walaupun dengan gram yang sama. Bila harga emas meningkat, nilai kekayaan kita akan turut meningkat sama. Bila harga emas turun pula, kita boleh menambah harta kita dengan harga yang lebih murah. Teknik pemurataan kos juga boleh diaplikasikan dan hasilnya, kita dapat menurunkan kos pembelian yang lebih tinggi sebelum itu. Maka, dengan terus membeli emas secara konsisten, harta kita akan jadi makin lama makin banyak.

#4 EMAS SEBAGAI INSURANS

Emas adalah senjata di kala waktu kesusahan. Sebab itu emas boleh menjadi apa saja bentuk insuran di waktu kecemasan yang tidak diduga. Sebagai contoh ia boleh menjadi biaya pendidikan untuk anak-anak, persaraan, alat untuk membina rumah secara tunai dan sebagainya. Sekiranya dalam waktu negara ditimpa bencana alam, duit memang sudah tidak bernilai, terutamanya apabila kita terpaksa membeli sesuatu dari negara jiran. Maka, pada waktu itu emaslah yang boleh menjadi duit dan mengganti fungsi duit tunai kerana emas adalah wang sebenar dan ia laku di seluruh dunia.

#5 EMAS SEBAGAI ALAT PELABURAN

Emas boleh jadi alat pelaburan yang sangat baik dan menguntungkan. Sejarah membuktikan, sebagai contoh - dari tahun 2000 sehingga ke tahun 2016, harga emas mengalami kenaikan sebanyak 400%. Ia juga adalah kenaikan yang berlaku secara berulang-ulang. Situasi sebegini sememangnya amat disukai oleh para pelabur yang menjadikan emas sebagai alat untuk mendapatkan keuntungan.

#6 EMAS SEBAGAI PENGIKAT NILAI

Emas boleh dijadikan sebagai alat pengikat nilai. Di waktu kejatuhan nilai RM berbanding USD, sepertimana yang sedang berlaku sekarang, peranan emas sangat penting untuk dijadikan sebagai mekanisma pengikat nilai (hedging mechanism). Sebelum nilainya turun dengan lebih teruk, ikat nilai wang itu dengan menukarkannya menjadi emas. Jadi apabila sudah ditukar kepada emas, NILAI wang tersebut akan KEKAL dalam bentuk gram!

#7 EMAS SEBAGAI PENGEKAL KUASA BELI

Kuasa beli emas adalah sangat besar. Wang yang sama tidak mampu membeli barang yang sama pada waktu yang berlainan. Tetapi gram emas yang sama, boleh membeli barang yang sama, bahkan lebih lagi pada waktu yang berlainan. Tak percaya? Baik, saya bagi satu bukti! 1400 tahun dahulu iaitu sewaktu zaman Rasulullah s.a.w., seekor kambing boleh dibeli dengan harga 1 dinar. Dan zaman sekarang pun dengan harga 1 dinar masih mampu beli 1 ekor kambing. Anda juga boleh cuba buat kira-kira sedikit dengan menggunakan apa saja barang atau makanan. Nanti anda akan tahu kebenarannya.

#8 EMAS SEBAGAI MODAL PUSINGAN

Bagi peniaga, emas boleh dipajak untuk mendapat modal untuk aktiviti perniagaan. Dengan tunai yang dipinjam bercagarkan emas dan upah simpan yang rendah, ia masih boleh menjana pendapatan dan keuntungan perniagaan yang besar. Dengan syarat, wang untung diguna terlebih dahulu untuk menebus gadaian. Untung bersih pula sebahagiannya ditukar menjadi emas. Hasilnya, emas sedia ada tidak hilang, emas baru bertambah dan duit juga sentiasa ada untuk kelangsungan perniagaan.

#9 EMAS SEBAGAI PENGUBAH TABIAT BURUK

Menyimpan sebahagian pendapatan sebenarnya adalah suatu benda yang sangat penting bila berkaitan dengan soal pengurusan kewangan dengan betul. Namun, ramai orang gagal dan sentiasa tidak mampu untuk mengasingkan sebahagian duit pendapatan sebagai simpanan. Mesti tidak cukup. Jadi bagi mengatasi masalah ini, apa kata ubah tabiat menyimpan itu kepada membeli emas, walaupun hanya dengan #1gram1bulan. Ramai orang yang tanpa sedar, mula mengumpul emas sedikit demi sedikit. Lalu tabiat menyimpan kini mula menggantikan tabiat boros. Simpanan dalam emas juga kini KEKAL NILAINYA sebab EMAS KALIS INFLASI!

#10 EMAS SEBAGAI SUMBER ZAKAT

Orang yang mengumpul dan menyimpan diam emas lebih 85 gram dalam masa setahun, diwajibkan membayar zakat emas sebanyak 2.5%. Hebat bukan? Orang yang mengeluarkan zakat adalah mukmin yang berjaya dunia dan akhirat kata Al-Quran, Surah Al-Mukminun. Keberkatan hidup dan harta akan melimpah ruah, asbab zakat. Jadi targetlah simpan emas sehingga kita diwajibkan untuk berzakat!

#11 EMAS SEBAGAI SUMBER PELBAGAI KEBAIKAN

Apabila emas bertambah, harta akan bertambah. Maka lebih banyak pintu kebaikan boleh diterokai. Selain zakat, sedekah juga boleh dilipatkaligandakan. Pelbagai jariah juga boleh diterokai dengan lebih aktif.

Jadi macam mana, bagus tak simpan emas?

Memang bagus. Jadi mulalah menyimpan emas mulai dari sekarang!

"SEGRAM-SEGRAM LAMA-LAMA JADI SEKILOGRAM!!".




Antara koleksi gold bar 1 gram keluaran Public Gold

Saturday, December 03, 2016

APA TUJUAN SAYA SIMPAN EMAS?

Ramai orang yang sudah sedar simpanan emas memang ada banyak kelebihannya. Saya pasti setiap orang yang simpan emas pasti ada matlamat dan tujuan tertentu yang ingin mereka capai dengan simpanan emas tersebut. Begitu juga dengan saya.

Secara mudahnya ada 3 sebab utama tujuan saya menyimpan emas iaitu:

1- FORGOTTEN SAVING

Tujuan utama saya simpan emas adalah sebagai simpanan untuk dilupakan(forgotten saving) Bagi saya simpan emas adalah cara yang sangat berkesan untuk elak masalah simpanan bocor akibat terbelanja pada perkara yang tidak perlu. Dan ianya memang terbukti berhasil.

2- JAMINAN NILAI JANGKA PANJANG

Simpan dalam bentuk emas membuatkan saya tak perlu risau lagi simpanan saya terjejas akibat inflasi, kejatuhan ringgit atau apa sahaja bencana ekonomi dan politik. Saya yakin emas nilai jangka panjangnya lebih terjamin berbanding simpan di bank. Kuasa beli dengan emas juga adalah KEKAL SELAMA-LAMANYA. Buktinya dengan harga 1 dinar sejak 1400 tahun dulu iaitu pada zaman Rasulullah s.a.w. hingga sekarang masih lagi mampu untuk beli 1 ekor kambing.

3- KAWALAN KEKAYAAN DALAM TANGAN SENDIRI

Emas adalah satu-satunya aset yang TIADA DALAM SISTEM KEWANGAN. Jadi dengan memiliki emas, kekayaan itu berada dalam kawalan saya sendiri 100%. Emas tidak perlu akan jaminan daripada sesiapa atau apa-apa pun kerana nilai yang ada pada emas berdiri dengan sendirinya. Nilainya hanya ditentukan oleh berat dan ketulenannya. 
Berbeza dengan duit kertas yang kita tahu ianya boleh dicetak tanpa had. Nilai yang ada pada duit kertas sebenarnya hanyalah nilai yang 'dipaksa' dan terletak pada jaminan dan kekukuhan sesebuah kerajaan. Sekiranya berlaku ketidakstabilan terhadap politik atau ekonomi sesebuah negara, nilainya sangat berisiko tinggi untuk hilang begitu sahaja dan jadi tidak laku.


Walaupun memang kita tidak dapat nafikan bahawa simpan emas memang bagus, tetapi Emas juga sebenarnya hanyalah salah satu daripada alat kewangan. Emas bukanlah EVERYTHING, tetapi ia adalah SOMETHING yang penting dan perlu pertimbangkan untuk dimasukkan dalam portfolio kewangan kita.
Kalau mengikut pesan salah seorang pakar kewangan yang terkenal di negara iaitu Tuan Azizi Ali, beliau mencadangkan agar sekurang-kurangnya 10% daripada kekayaan kita haruslah disimpan dalam bentuk emas.

Buku Tulisan Azizi Ali -Masa Untuk Emas-



Tuesday, November 29, 2016

EMAS KALIS INFLASI

Sejarah telah membuktikan emas sememangnya telah digunakan sebagai wang sejak ribuan tahun dahulu lagi. Dan sewaktu emas digunakan sebagai wang, masalah inflasi tidak pernah terjadi sama sekali.
Namun pada zaman sekarang inflasi adalah suatu benda yang tidak dapat dielakkan daripada terjadi sejmenjak semua matawang kertas telah menjadi wang fiat selepas tahun 1971. Wang fiat adalah merujuk kepada duit kertas yang nilainya kini tidak lagi disandarkan kepada sesuatu yang berharga seperti emas atau perak.
Terputusnya nilai sandaran dengan emas bermakna matawang kertas kini boleh dicetak tanpa had oleh sesebuah kerajaan. Apa yang diperlukan hanyalah mesin cetak, kertas dan dakwat. Itu sahaja!
Namun berita buruknya ialah semakin banyak matawang kertas yang dicetak sebenarnya akan mengakibatkan nilainya makin berkurang. Nilai duit kertas yang berkurangan inilah sebenarnya yang menyebabkan berlakunya apa yang diistilahkan sebagai inflasi.
Inflasi inilah punca yang menyebabkan harga barang-barang makin lama menjadi makin mahal. Sebenarnya bukan barang yang makin mahal, tapi nilai duit kertas lah yang makin berkurang , menyebabkan kita memerlukan jumlah duit kertas yang lebih banyak untuk mendapatkan jumlah barangan yang sama.
Perkara ini tidak akan terjadi sekiranya kita menggunakan EMAS kerana emas adalah DUIT SEBENAR. Buktinya adalah pada zaman Nabi Muhammad s.aw 1400 tahun dahulu, harga seekor kambing adalah bersamaan dengan 1 dinar emas(4.25g). Ajaibnya, pada zaman sekarang pun selepas 1400 tahun dengan harga 1 dinar masih lagi mampu untuk beli seekor kambing.
Jadi kalau ikutkan teori ini, saya yakin sampai bila-bila pun dengan harga 1 dinar akan mampu untuk beli seekor kambing. Inilah kuasa yang ada pada wang sebenar iaitu emas. Perbezaan terbesar antara wang dengan matawang adalah wang mesti mempunyai sifat menyimpan nilai untuk satu tempoh waktu yang sangat lama. Dan EMAS telah pun terbukti merupakan PENYIMPAN NILAI yang PALING AMPUH dalam sejarah dunia.

Tuesday, November 08, 2016

PELABURAN EMAS

Pengenalan Pelaburan Emas

Ramai orang hari ini yang mula tertarik ingin terlibat dengan pelaburan emas. Namun apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan pelaburan emas? Maka, mari kita lihat apa definisi sebenar pelaburan emas.

Pelaburan emas bermaksud anda membeli emas fizikal atau produk-produk kewangan berasaskan emas bagi tujuan memenuhi objektif pelaburan anda. Bagi menjadikannya lebih mudah, kita boleh pecahkan definisi pelaburan emas kepada 3 bahagian iaitu:
  • Melabur emas secara fizikal
  • Melabur emas melalui produk-produk kewangan berasaskan emas
  • Bertujuan untuk memenuhi objektif pelaburan
Pelaburan emas bukan hanya melibatkan emas fizikal sahaja. Ada banyak lagi produk-produk kewangan yang bersandarkan emas yang direka untuk memenuhi keperluan pelabur. Contohnya ialah seperti Akaun Pelaburan Emas (Gold Investment Account) yang ditawarkan oleh sesetengah bank dan juga syarikat swasta. Akaun Pelaburan Emas ini pula ada yang disandarkan kepada emas fizikal dan ada yang tidak.

Walaubagaimanapun, pelaburan emas melalui Akaun Pelaburan Emas yang paling selamat, mudah dan PATUH SYARIAH hanyalah Akaun Pelaburan Emas yang disandarkan kepada emas fizikal. Maksudnya bila anda mahu, anda boleh mengeluarkan emas fizikal daripada akaun tersebut.

Yang paling penting, pelaburan emas yang sebenar tidak menjamin sebarang pulangan sama ada harian, mingguan, bulanan ataupun tahunan. Keuntungan dalam pelaburan emas hanya boleh diperoleh melalui prestasi kenaikan harga emas. 

Sekiranya ada yang menjanjikan sebarang dividen atau pulangan dalam pelaburan emas, maka untuk pengetahuan semua itu bukanlah pelaburan emas yang sebenar. Tetapi sebenarnya ia adalah skim pelaburan emas ataupun skim cepat kaya(baca skim cepat lingkup). Semua skim ini haruslah dijauhi sama sekali kerana ia sememangnya tidak boleh dipercayai. Jika tidak, harga yang perlu anda bayar adalah tinggi akibat kerugian apabila wang yang kononnya dilaburkan dalam skim-skim ini akhirnya lebur.