Sesetengah orang mungkin cuma melihat emas hanya sebagai alat pelaburan untuk mendapatkan keuntungan dengan cara "buy low, sell high". Namun sebenarnya terdapat banyak lagi fungsi emas yang lain kepada manusia. Maka di bawah ini saya senaraikan 11 fungsi emas yang sangat berguna kepada kita sebagai manusia.
#1 EMAS SEBAGAI SIMPANAN
Emas adalah simpanan dan tabungan yang baik dari sudut ketahanannya. Jika menyimpan dalam bentuk wang tunai, kemungkinan besar untuk simpanan itu bocor adalah sangat tinggi. Antara cara bagaimana ia bocor adalah melalui nilainya yang semakin merosot, naluri kita yang kuat untuk berbelanja dan kemungkinan besar dipinjam saudara dan kenalan tetapi tidak dibayar balik. Jadi, menyimpan dalam bentuk emas fizikal adalah cara yang boleh menyelamatkan simpanan kita daripada bocor.
#2 EMAS SEBAGAI ASET
Emas adalah aset yang paling mudah dibeli, dijaga dan dicairkan lagi-lagi kalau emas itu adalah keluaran syarikat bereputasi tinggi seperti Public Gold. Ia boleh dibeli sedikit demi sedikit, boleh dijual mahupun digadai untuk mendapatkan tunai segera. Ke mana saja kita pergi, hatta ke seluruh dunia sekalipun, ia boleh dibawa bersama kita dengan senang sekali. Emas adalah aset yang sentiasa bernilai tinggi di semua tempat seluruh dunia.
#3 EMAS SEBAGAI HARTA
Emas adalah sebahagian daripada harta yang boleh meningkat nilainya walaupun dengan gram yang sama. Bila harga emas meningkat, nilai kekayaan kita akan turut meningkat sama. Bila harga emas turun pula, kita boleh menambah harta kita dengan harga yang lebih murah. Teknik pemurataan kos juga boleh diaplikasikan dan hasilnya, kita dapat menurunkan kos pembelian yang lebih tinggi sebelum itu. Maka, dengan terus membeli emas secara konsisten, harta kita akan jadi makin lama makin banyak.
#4 EMAS SEBAGAI INSURANS
Emas adalah senjata di kala waktu kesusahan. Sebab itu emas boleh menjadi apa saja bentuk insuran di waktu kecemasan yang tidak diduga. Sebagai contoh ia boleh menjadi biaya pendidikan untuk anak-anak, persaraan, alat untuk membina rumah secara tunai dan sebagainya. Sekiranya dalam waktu negara ditimpa bencana alam, duit memang sudah tidak bernilai, terutamanya apabila kita terpaksa membeli sesuatu dari negara jiran. Maka, pada waktu itu emaslah yang boleh menjadi duit dan mengganti fungsi duit tunai kerana emas adalah wang sebenar dan ia laku di seluruh dunia.
#5 EMAS SEBAGAI ALAT PELABURAN
Emas boleh jadi alat pelaburan yang sangat baik dan menguntungkan. Sejarah membuktikan, sebagai contoh - dari tahun 2000 sehingga ke tahun 2016, harga emas mengalami kenaikan sebanyak 400%. Ia juga adalah kenaikan yang berlaku secara berulang-ulang. Situasi sebegini sememangnya amat disukai oleh para pelabur yang menjadikan emas sebagai alat untuk mendapatkan keuntungan.
#6 EMAS SEBAGAI PENGIKAT NILAI
Emas boleh dijadikan sebagai alat pengikat nilai. Di waktu kejatuhan nilai RM berbanding USD, sepertimana yang sedang berlaku sekarang, peranan emas sangat penting untuk dijadikan sebagai mekanisma pengikat nilai (hedging mechanism). Sebelum nilainya turun dengan lebih teruk, ikat nilai wang itu dengan menukarkannya menjadi emas. Jadi apabila sudah ditukar kepada emas, NILAI wang tersebut akan KEKAL dalam bentuk gram!
#7 EMAS SEBAGAI PENGEKAL KUASA BELI
Kuasa beli emas adalah sangat besar. Wang yang sama tidak mampu membeli barang yang sama pada waktu yang berlainan. Tetapi gram emas yang sama, boleh membeli barang yang sama, bahkan lebih lagi pada waktu yang berlainan. Tak percaya? Baik, saya bagi satu bukti! 1400 tahun dahulu iaitu sewaktu zaman Rasulullah s.a.w., seekor kambing boleh dibeli dengan harga 1 dinar. Dan zaman sekarang pun dengan harga 1 dinar masih mampu beli 1 ekor kambing. Anda juga boleh cuba buat kira-kira sedikit dengan menggunakan apa saja barang atau makanan. Nanti anda akan tahu kebenarannya.
#8 EMAS SEBAGAI MODAL PUSINGAN
Bagi peniaga, emas boleh dipajak untuk mendapat modal untuk aktiviti perniagaan. Dengan tunai yang dipinjam bercagarkan emas dan upah simpan yang rendah, ia masih boleh menjana pendapatan dan keuntungan perniagaan yang besar. Dengan syarat, wang untung diguna terlebih dahulu untuk menebus gadaian. Untung bersih pula sebahagiannya ditukar menjadi emas. Hasilnya, emas sedia ada tidak hilang, emas baru bertambah dan duit juga sentiasa ada untuk kelangsungan perniagaan.
#9 EMAS SEBAGAI PENGUBAH TABIAT BURUK
Menyimpan sebahagian pendapatan sebenarnya adalah suatu benda yang sangat penting bila berkaitan dengan soal pengurusan kewangan dengan betul. Namun, ramai orang gagal dan sentiasa tidak mampu untuk mengasingkan sebahagian duit pendapatan sebagai simpanan. Mesti tidak cukup. Jadi bagi mengatasi masalah ini, apa kata ubah tabiat menyimpan itu kepada membeli emas, walaupun hanya dengan #1gram1bulan. Ramai orang yang tanpa sedar, mula mengumpul emas sedikit demi sedikit. Lalu tabiat menyimpan kini mula menggantikan tabiat boros. Simpanan dalam emas juga kini KEKAL NILAINYA sebab EMAS KALIS INFLASI!
#10 EMAS SEBAGAI SUMBER ZAKAT
Orang yang mengumpul dan menyimpan diam emas lebih 85 gram dalam masa setahun, diwajibkan membayar zakat emas sebanyak 2.5%. Hebat bukan? Orang yang mengeluarkan zakat adalah mukmin yang berjaya dunia dan akhirat kata Al-Quran, Surah Al-Mukminun. Keberkatan hidup dan harta akan melimpah ruah, asbab zakat. Jadi targetlah simpan emas sehingga kita diwajibkan untuk berzakat!
#11 EMAS SEBAGAI SUMBER PELBAGAI KEBAIKAN
Apabila emas bertambah, harta akan bertambah. Maka lebih banyak pintu kebaikan boleh diterokai. Selain zakat, sedekah juga boleh dilipatkaligandakan. Pelbagai jariah juga boleh diterokai dengan lebih aktif.
Jadi macam mana, bagus tak simpan emas?
Memang bagus. Jadi mulalah menyimpan emas mulai dari sekarang!
"SEGRAM-SEGRAM LAMA-LAMA JADI SEKILOGRAM!!".
Antara koleksi gold bar 1 gram keluaran Public Gold