Sejarah telah membuktikan emas sememangnya telah digunakan sebagai wang sejak ribuan tahun dahulu lagi. Dan sewaktu emas digunakan sebagai wang, masalah inflasi tidak pernah terjadi sama sekali.
Namun pada zaman sekarang inflasi adalah suatu benda yang tidak dapat dielakkan daripada terjadi sejmenjak semua matawang kertas telah menjadi wang fiat selepas tahun 1971. Wang fiat adalah merujuk kepada duit kertas yang nilainya kini tidak lagi disandarkan kepada sesuatu yang berharga seperti emas atau perak.
Terputusnya nilai sandaran dengan emas bermakna matawang kertas kini boleh dicetak tanpa had oleh sesebuah kerajaan. Apa yang diperlukan hanyalah mesin cetak, kertas dan dakwat. Itu sahaja!
Namun berita buruknya ialah semakin banyak matawang kertas yang dicetak sebenarnya akan mengakibatkan nilainya makin berkurang. Nilai duit kertas yang berkurangan inilah sebenarnya yang menyebabkan berlakunya apa yang diistilahkan sebagai inflasi.
Inflasi inilah punca yang menyebabkan harga barang-barang makin lama menjadi makin mahal. Sebenarnya bukan barang yang makin mahal, tapi nilai duit kertas lah yang makin berkurang , menyebabkan kita memerlukan jumlah duit kertas yang lebih banyak untuk mendapatkan jumlah barangan yang sama.
Perkara ini tidak akan terjadi sekiranya kita menggunakan EMAS kerana emas adalah DUIT SEBENAR. Buktinya adalah pada zaman Nabi Muhammad s.aw 1400 tahun dahulu, harga seekor kambing adalah bersamaan dengan 1 dinar emas(4.25g). Ajaibnya, pada zaman sekarang pun selepas 1400 tahun dengan harga 1 dinar masih lagi mampu untuk beli seekor kambing.
Jadi kalau ikutkan teori ini, saya yakin sampai bila-bila pun dengan harga 1 dinar akan mampu untuk beli seekor kambing. Inilah kuasa yang ada pada wang sebenar iaitu emas. Perbezaan terbesar antara wang dengan matawang adalah wang mesti mempunyai sifat menyimpan nilai untuk satu tempoh waktu yang sangat lama. Dan EMAS telah pun terbukti merupakan PENYIMPAN NILAI yang PALING AMPUH dalam sejarah dunia.